Friday 8 April 2011

ibu..hentikan....

perit untukku luahkan segalanya pada ibu tentang si dia...ibu selalu dan masih mengharapkan si dia akan datang kerumah kami untuk melawat aku.. itulah yang selalu dia lakukan sebelum ni..


ibu tak tahu dia telah senyap tanpa sebarang berita... seluruh familyku boleh dikatakan kenal dia..kami dah berkawan 5tahun..mana tak kenal... mereka mengharapkan aku akan berkahwin..tapi..aku tak tahu jodoh Allah padaku..aku hanya mampu berdoa..


aku benci kau..sungguhh...kau tak rasa apa yang aku tanggung..kau tak tahu aku seksa..kau tak tahu aku terpaksa menunda pengajian aku disebabkan kau....muka aku tangan aku...semuanya tak macam dulu...aku benci kau..mana janji kau hah. kau menangis waktu tengok aku excident kat hospital..tapi sekarang?kau buat haku macam tahik. kau buang aku jauh jauh.AKU BENCI KAU. ibu..tolonglah..jangan tanya dia lagi......

Thursday 7 April 2011

Tentang Aku.

aku seperti remaja diluar sana mempunyai angan angan dan impian untuk memiliki cinta yang agung. dunia ni milikku. dan aku telah memilikinya 5tahun yang lepas. aku bahagia bersama si dia. hinggakan pada suatu hari aku ditakdirkan oleh Allah aku telah kemalangan bersama dia. 


kemalangan itu sekali gus telah merubah hidup aku selama lamanya. aku rentung didalam kereta yang aku naiki. tapi dia,selamat tanpa meninggalkan kesan. aku pula telah terbakar di muka dan kedua tanganku.


dengan perasaan yang bersalah pada ketika itu, dia berjanji akan menjaga aku, tidak menyakiti hatiku, dan berjanji akan menanggung segala yang terjadi padaku. ketika itu aku hanya mampu tersenyum pahit. seperti hidup masih aku miliki. kemalangan tersebut telah mengubah muka aku untuk selamanya. dulu,orang cakap aku yang paling cantik di dalam keluarga, kawan kawanku mengatakan aku manis dipandang. tapi itu dulu. kini tidak lagi.


Allah telah menarik balik apa yang dikurniakan pada aku dulu. mungkin kerana aku tidak pernah bersyukur dengan rupa yang aku miliki. aku gunakn ke arah yang salah.


namun aku percaya, disebalik apa yang terjadi, Allah telah menjanjikan sesuatu yang hebat padaku. Apa yang aku selalu dengar, Allah tak kan menguji hambanya jika hambanya tidak kuat.


dan kini..aku telah DITINGGALKAN oleh si dia..yang telah berjanji segalanya padaku. untuk sehidup semati. untuk mengahwiniku...setia hingga ke akhir hanya...aku ditinggalkan tanpa berita..hanya kerana satu kesilapan kecil,dan si dia beranggapan itu salahku..sungguh aku TERKILAN dan TERLUKA dengan semua itu........aku sedar aku siapa. AKU SUDAH TIDAK SEPERTI DULU.. dia memang ada rupa..boleh cari perempuan yang lebih sempurna dariku....yang lebih baik..cantik...dan sepadan dengannya... biarlah aku menghabiskan sisa sisa hidup yang tidak bermakna ini dengan mendekatkan diri pada Allah.

mukaddimah.

salam..aku ingin berkongsi cerita,moga moga ia akan menjadi tauladan untuk remaja diluar sana.


aku adalah seorang remaja biasa, lumrah kehidupan ingin disayangi,namun aku juga telah kecundang, aku disakiti, aku diberi ujian dari Allah dan kini aku menanggung segalanya. tiada siapa kisah, tiada lagi cinta yang ku dambakan dulu, kerana ianya telah pergi merobek hatiku. Sungguh aku menyesal dengan apa yang berlaku. namun aku hanya mampu berdoa pada Allah agar aku diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini.